Wednesday, 27 November 2013

KKT 3 - ICT (Teks Umum)

Pembentangan KKT 3 - Terjemahan pandang dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris

Aplikasi Satelit Meteorologi

NATIONAL Oceanic and Atmospheric Administration, Amerika Syarikat (AS) atau ringkasnya NOAA merupakan sebuah agensi yang bertanggungjawab memantau persekitaran bumi, iaitu laut dan atmosfera.

NOAA mula memperkenalkan sistem transmisi gambar secara automatik (APT) pada tahun 1970an.

Sehingga hari ini terdapat tiga satelit NOAA yang masih aktif menyalurkan data satelit menggunakan sistem APT iaitu satelit NOAA 15, NOAA 18 dan NOAA 19.

Pengenalan sistem ini kepada umum buat pertama kalinya pada masa itu telah dapat memberi peluang dan pengenalan yang lebih dekat kepada pelbagai pihak. Mereka adalah yang berkaitan dengan teknologi imej satelit secara masa sebenar (real time) khususnya kepada profesional, radio amatur, ahli akademik, pelajar dan pengguna imej satelit.

Walaupun imej yang disalurkan oleh satelit NOAA ini hanya mempunyai resolusi 4 kilometer (km) setiap piksel sahaja, imej masih dapat dimanfaatkan untuk tujuan lain antaranya aplikasi cuaca, persempadanan negara, pemantauan jerebu dan lain-lain.

Di negara Eropah dan AS, APT telah dimanfaatkan oleh pihak sekolah dan universiti untuk tujuan pendidikan aplikasi dan sains angkasa, sebagai contoh program SAREPTA di Eropah dan EXPLORES di AS.

Di Malaysia hanya segelintir sahaja pihak yang mengambil manfaat daripada sistem APT ini dan kebanyakannya merupakan ahli radio amatur.

Perkara tersebut mungkin disebabkan kesukaran untuk mendapatkan peralatan di pasaran dan kekangan harga.

Namun, perkembangan terkini di dalam teknologi perisian, khususnya Software-Defined-Radio (SDR), dan juga semikonduktor, telah dapat mengeksploitasikan radio penerima yang dibangunkan khusus untuk tujuan penerimaan isyarat televisyen (TV) digital untuk digunakan sebagai radio penerima sistem APT.

Hal ini telah dapat mengurangkan lagi kos perolehan sistem APT memandangkan radio penerima televisyen digital USB dikilangkan dan dipasarkan secara pukal oleh banyak pengeluar.

Secara purata, sistem APT yang menggunakan teknologi tersebut telah dapat mengurangkn kos perolehan lebih lima kali ganda berbanding sistem APT yang khusus.

APT merupakan satu kaedah penghantaran secara analog data imej dari Advanced Very High Resolution Radiometer (AVHRR) yang terdapat di satelit NOAA bagi tujuan pemantauan persekitaran dan cuaca.

APT beroperasi pada jalur Very High Frequency (VHF) iaitu pada julat 137 mrga hertz (MHz) hingga 138 MHz.




ANALISIS MASALAH DAN PENYELESAIAN

Masalah 1

TEKS SUMBER
TEKS TERJEMAHAN
CADANGAN
NOAA
SAREPTA
EXPLORES
NOAA
SAREPTA
EXPLORES
NOAA
SAREPTA
EXPLORES

Perbincangan
Semasa menterjemah pandang teks sumber, penterjemah menghadapi masalah untuk menyebut singkatan-singkatan seperti NOAA, SAREPTA dan EXPLORES. Jurubahasa menyebut singkatan NOAA dengan sebutan ejaan huruf satu persatu supaya pendengar dapat menangkap apa yang cuba dikatakan iaitu dengan menyebut N O A A. Dengan cara itu, pendengar akan lebih memahami apa yang cuba disampaikan oleh jurubahasa. Manakala bagi singkatan SAREPTA dan EXPLORES pula, jurubahasa menyebut singkatan-singkatan tersebut dengan sebutan ejaan perkataan iaitu SA REP TA dan EX PLO RES supaya pendengar lebih mudah faham apa yang disampaikan. Sekiranya disebut dengan ejaan huruf satu persatu seperti NOAA, pendengar mungkin akan keliru kerana singkatan tersebut agak panjang.

Masalah 2

TEKS SUMBER
TEKS TERJEMAHAN
CADANGAN
       radio penerima sistem APT
       radio penerima televisyen digital USB
       …untuk tujuan penerimaan isyarat televisyen (TV) digital
       APT system radio receiver
       USB digital television radio receiver
       …for the purpose of receiving the digital television signal
       APT system radio receiver
       Digital USB television radio receiver
       …to receive the signal of digital television


Perbincangan
Penterjemah mengalami kekeliruan untuk menterjemah susunan struktur ayat di dalam teks tersebut dan teragak-agak semasa menterjemah pandang kerana istilah yang digunakan agak mengelirukan Jurubahasa perlu membaca teks berulang kali supaya dapat memahami maklumat yang cuba disampaikan. Jurubahasa juga merujuk pada beberapa orang rakan untuk meminta pendapat bagaimana untuk menyusun dan menterjemah ayat tersebut dengan lebih tepat.

Masalah 3

TEKS SUMBER
TEKS TERJEMAHAN
CADANGAN
       persempadanan negara, pemantauan jerebu dan lain-lain.
       APT beroperasi pada jalur Very High Frequency (VHF)
       country boundaries,  haze surveying and others.

       APT is operating to Very High Frequency strip

       Country? State? National? / Surveillance? Monitoring?

       APT is operating to Very High Frequency band


Perbincangan:
Penterjemah mempunyai masalah ketika menterjemah pandang perkataan persempadanan negara dan juga pemantauan jerebu. Penterjemah menterjemahkan perkataan persempadanan negara kepada country boundaries. Akan tetapi, penterjemah mendapati bahawa terdapat banyak padanan lain untuk perkataan negara seperti country, state, dan national yang masing-masing membawa maksud yang sama iaitu negara.
Jadi, penterjemah bercadang untuk mengekalkan sahaja perkataan country boundaries itu. Perkataan pemantauan jerebu juga turut mempunyai masalah banyak padanan dalam Bahasa Inggeris. Antara padanan perkataan yang sesuai ialah surveillance, monitoring, serta controlling. Sebenarnya, pemantauan jerebu ini bermaksud imej ini boleh membantu dalam melihat keadaan jerebu pada sesuatu masa. Jadi, penterjemah menyemak kamus dan mendapati bahawa perkataan surveillance, monitoring serta controlling masing-masing merujuk kepada memeriksa, mengawasi sesuatu. Akhirnya, penterjemah mencadangkan agar perkataan pemantauan jerebu diterjemahkan kepada haze controlling sahaja.

Masalah turut timbul ketika menterjemah perkataan jalur. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jalur dapat memberikan maksud garis yang agak lebar dan lurus. Dalam teks ini, jalur merujuk kepada frekuensi tinggi pada julat 137 Mega Hertz hingga 138 Mega Hertz. Pada mulanya, penterjemah menterjemahkan jalur kepada strip. Namun, penterjemah mendapati bahawa perkataan strip sebenarnya tidak sesuai terutama dalam konsep teks sains dan teknologi sebegini. Akhirnya, setelah membuat sedikit kajian, penterjemah bercadang untuk menterjemahkan jalur kepada band. Malah, menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, band adalah lebih sesuai menjadi terjemahan kepada jalur kerana band sendiri merujuk kepada spektrum frekuensi antara dua had frekuensi yang ditetapkan dalam sistem komunikasi.Menurut pensyarah iaitu Dr Noraini Ibrahim juga turut menyatakan bahawa perkataan band ini boleh diambil contoh daripada perkataan broadband yang selalunya terdapat dalam artikel-artikel sebegini. Boradband sebenarnya bermaksud jalur lebar. Maka, itulah sebabnya mengapa band lebih sesuai digunakan untuk menterjemah perkataan jalur Very High Frequency

Masalah 4

TEKS SUMBER
TEKS TERJEMAHAN
CADANGAN
Di Malaysia hanya segelintir sahaja pihak yang mengambil manfaat daripada sistem APT ini dan kebanyakannya merupakan ahli radio amatur.
In Malaysia, there is only a few party/authority which take the benefit of this system and most of them are radio amateur member.
In Malaysia, there is only a few people which take the of benefit of this system and most of them are radio amateur member.


Perbincangan:
Penterjemah telah menterjemah perkataan pihak kepada party serta authority. Namun begitu, setelah diteliti semula penterjemah mendapati bahawa perkataan party serta authority tidak sesuai untuk digunakan dalam konteks ayat ini walaupun maksud lain bagi authority juga ialah seseorang yang berkuasa dalam sesuatu bidang itu. Jadi, penterjemah mencadangkan agar perkataan pihak ini diterjemahkan kepada people sahaja. Namun, pensyarah iaitu Dr Noraini Ibrahim mencadangkan agar perkataan pihak ini digugurkan sahaja kerana perkataan pihak itu akan membuatkan pembaca tahu bahawa perkataan ini merujuk kepada ahli radio amatur.

Penterjemah juga telah menterjemah pandang ahli radio amatur menjadi radio amateur member. Radio amatur sebenarnya merujuk kepada salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan radio dan elektronik. Tujuannya adlaah untuk menghubungkan seseorang yang berada sama ada dalam kawasan mahupun ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang mempunyai frekuensi tertentu. Jadi, menurut ASTRA Malaysia iaitu Persatuan Radio Amatur Melayu Malaysia, ahli radio amatur itu adalah merujuk kepada seseorang yang memiliki radio amatur itu. Ahli itu perlulah mempunyai lesen pemancar radio amatur yang dikeluarkan oleh Jabatan Telekomunikasi Malaysia. Jadi, penterjemah bercadang untuk mengekalkan sahaja ahli radio amatur kepada radio amateur member sahaja.


KESIMPULAN
Seorang penterjemah dan jurubahasa haruslah menguasai bahasa A iaitu bahasa ibunda dan juga bahasa B yang merupakan bahasa bukan ibunda dengan baik. Selain itu, seorang penterjemah dan jurubahasa juga tidak harus menguasai satu bidang sahaja kerana seorang penterjemah dan jurubahasa haruslah mempunyai pengetahuan yang meluas tentang bidang-bidang lain juga. Dalam hal ini, dapat dilihat bahawa penterjemah tidak mempunyai pengetahuan yang meluas dalam bidang satelit ini. Hal ini menyukarkan lagi penterjemah untuk melakukan terjemahan pandang terhadap teks ini. Ini boleh menyebabkan maklumat yang disampaikan tidak dapat disampaikan dengan baik. Oleh itu, seorang penterjemah dan jurubahasa tidak harus tahu satu bahasa sahaja dan penterjemah serta jurubahasa juga haruslah tahu mengenai pelbagai bidang dalam masa yang sama. 

Thursday, 7 November 2013

KKT 1 - Sukan (Teks Teknikal)

Pembentangan KKT 1, terjemahan pandang dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu

Sailing 

Teks sumber

Sailing: NZ sailors add more gold to end world title drought

Talk about famine to feast, until a few weeks ago New Zealand's Olympic class sailors hadn't won a world title since 2008.

That was the year RS:X boardsailor Tom Ashley won the world champs to go with his Olympic gold in Beijing.

Now, in the space of eight weeks, New Zealand sailor have won three.

Yesterday, Alex Maloney and Molly Meech in the inaugural 49erFX class, and Peter Burling and Blair Tuke in the 49er, won world titles at Marseille, to follow Olympic champions Jo Aleh and Polly Powrie, who won their 470 crown in La Rochelle, France, in the second week of August.

Thrown in a silver medal for Marcus Hansen and Josh Porebski behind Olympic silver medallists Burling and Tuke yesterday and it's been a bumper period for New Zealand's Olympic programme.




Prezi presentation on some problems of sight translating this article. Click HERE to view. 

Tuesday, 29 October 2013

KKT 2 - Sukan (Teks Teknikal)

Pembentangan KKT 2 - Terjemahan pandang dari bahasa Melayu ke bahasa Inggeris

Bola Sepak

Teks sumber

Tiada siapa menaruh harapan tinggi kepada Sarawak untuk melangkah jauh pada saingan Piala Malaysia meskipun tampil dengan reputasi selaku juara Liga Premier musim ini.

Tidak cukup dengan itu, pasukan yang pernah dilabel sebagai 'cap ayam' ini bukanlah calon utama mara ke separuh akhir, namun dengan status tersebut membuatkan Bujang Senang bingkas bangkit mengejutkan juara Liga Super, Lions X11, Perak, Kedah dan Sime Darby.

Bagi legenda Ngap Sayot, Awang Mahyan Awang Mohamad, 62, skuad Bujang Senang bimbingan Robert Alberts kali ini merupakan sandaran terbaik untuk Sarawak memburu kejuaraan berganda musim ini.

"Sarawak sudah lama tidak beraksi di pentas final, malah kita tidak pernah jadi juara Piala Malaysia.

"Kali terakhir Sarawak mara ke pentas final Piala Malaysia ialah pada edisi 1999 tetapi tewas kepada Brunei.

"Bagaimanapun, saya optimis berdasarkan prestasi semasa, Sarawak mampu beraksi di medan final.

"Dengan sokongan padu penyokong sendiri, saya yakin pemain akan berjuang habis-habisan untuk menewaskan Pahang di Stadium Negeri esok (malam ini)," katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuching semalam.

Awang Mayhan yang turut digelar 'bapa revolusi bola sepak Sarawak' selepas membawa Ngap Sayot melalui zaman kegemilangan sekitar tahun 1989 menambah, anak-anak buah Alberts masih mempunyai peluang untuk melayakkan diri ke final.

Katanya, para pemain Sarawak tidak harus mengambil mudah saingan skuad kendalian Dollah Salleh itu jika ingin merealisasikan impian mara ke pentas final.

"Pemain tidak boleh dibuai dengan kelebihan satu gol di tempat lawan, sebaliknya apa yang penting sekarang ialah memberi fokus sepenuhnya untuk mencari defisit dua gol pada perlawanan nanti.

"Saya sendiri cukup teruja dan amat berbangga dengan pasukan Sarawak. Jadi, inilah detik paling penting  dalam karier setiap pemain untuk menyala impian mara ke final seterusnya menjulang trofi Piala Malaysia,"    katanya.

Pencipta slogan Ngap Sayot itu turut mengakui, Muamer Salibasic merupakan aset bernilai untuk Sarawak menggerakkan serangat bagi merobek gawang Tok Gajah.

"Selain itu, corak permainan Sarawak pada aksi kedua malam ini dijangka berubah wajah dengan kehadiran  semula 'ayam tambatan', Joseph Kalang Tie selaku perancang utama.

"Kehadiran Ronny Harun turut menjadi kunci kekebalan pertahanan Sarawak bagi memperkukuhkan      benteng daripada dirobek pemain Pahang," katanya.



 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com