Thursday, 7 November 2013

KKT 1 - Sukan (Teks Teknikal)

Pembentangan KKT 1, terjemahan pandang dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu

Sailing 

Teks sumber

Sailing: NZ sailors add more gold to end world title drought

Talk about famine to feast, until a few weeks ago New Zealand's Olympic class sailors hadn't won a world title since 2008.

That was the year RS:X boardsailor Tom Ashley won the world champs to go with his Olympic gold in Beijing.

Now, in the space of eight weeks, New Zealand sailor have won three.

Yesterday, Alex Maloney and Molly Meech in the inaugural 49erFX class, and Peter Burling and Blair Tuke in the 49er, won world titles at Marseille, to follow Olympic champions Jo Aleh and Polly Powrie, who won their 470 crown in La Rochelle, France, in the second week of August.

Thrown in a silver medal for Marcus Hansen and Josh Porebski behind Olympic silver medallists Burling and Tuke yesterday and it's been a bumper period for New Zealand's Olympic programme.




Prezi presentation on some problems of sight translating this article. Click HERE to view. 


ANALISIS MASALAH DAN PENYELESAIAN


Masalah 1:

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
Famine to feast
-
Kemarau pingat

Penterjemah telah menggugurkan perkataan famine to feast ketika terjemahan pandang dilakukan. Perkataan famine to feast ini tidak ada kaitan dengan sebarang pesta. Sebenarnya, perkataan ini hendak menyatakan bahawa pasukan New Zealand sudah lama tidak mendapat pingat dalam kejohanan-kejohanan yang disertai sebelum ini. Jadi, penterjemah merasakan bahawa perkataan famine to feast itu boleh digugurkan dalam terjemahan pandang kerana dalam perenggan sebelum ini, telah dinyatakan bahawa pelayar New Zealand mendapat pingat emas setelah beberapa tahun tidak memperoleh sebarang pingat dalam kejohanan seperti ini. Jadi, ini sudah menjelaskan mengenai pelayar New Zealand yang akhirnya mendapat pingat setelah lama tidak memperoleh apa-apa pingat sejak tahun 2008. Walau bagaimanapun, penterjemah turut memberikan cadangan bahawa perkataan famine to feast ini boleh juga diterjemahkan kepada kemarau pingat.

Masalah 2:


TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
RS:X  boardsailor
Pelayar kapal RS:X
Pelayar kapal RS:X

Penterjemah tidak pasti apakah yang dimaksudkan dengan RS:X dalam konteks ayat ini. Hal ini kerana penterjemah tidak mempunyai pengetahuan yang cukup dalam sukan pelayaran ini. Jadi, berdasarkan konteks, penterjemah merasakan bahawa perkataan RS:X boardsailor sesuai untuk diterjemah pandang menjadi pelayar kapal RS:X. Penterjemah telah menggunakan kaedah literal untuk menterjemah pandang perkataan RS:X boardsailor ini. Malah, penterjemah juga turut membuat cadangan untuk mengekalkan sahaja perkataan pelayar kapal RS:X ini setelah terjemahan pandang ini diteliti semula. Malah perkataan RS:X itu juga turut dikekalkan dalam terjemahan pandang dan juga dalam cadangan terjemahan.

Masalah 3:

TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
Inaugural 49erFX class
49erFX kelas sulung
Kelas 49erFX sulung

Perkataan ini sukar untuk difahami oleh penterjemah kerana terdapat istilah 49erFX dalam teks tersebut. Istilah ini sebenarnya merupakan sebahagian daripada istilah bagi kejohanan pelayaran tersebut. Jadi, seteleh meneliti semula, penterjemah mendapati bahawa 49erFX itu merujuk kepada kategori bagi pelayar-pelayar tersebut. Jadi penterjemah telah melakukan terjemahan pandang dengan menukarkan 49erFX class itu kepada 49erFX kelas. Perkataan inaugural itu pula, penterjemah telah melakukan terjemahan pandang kepada sulung kerana penterjemah merasakan bahawa sulung ini merupakan perkataan yang sesuai dalam konteks ayat ini. Selain itu, penterjemah mendapati bahawa susunan perkataan 49erFX kelas sulung dalam terjemahan adalah tidak teratur. Jadi, sebagai cadangan penterjemah telah menyusun kembali perkataan ini menjadi kelas 49erFX sulung bagi menunjukkan kategori yang disertai oleh Alex Maloney danMolly Meech dalam kejohanan terbabit.

Masalah 4:


TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
49er
Kelas 49er
Kelas 49er

Masalah yang sama turut berlaku dalam terjemahan bagi perkataan 49er ini. Penterjemah juga tidak pasti akan maksud 49er dalam konteks ayat ini. Penterjemah telah melakukan semakan dan mendapati bahawa 49er itu merujuk kepada kategori yang dipertandingkan oleh Peter Burling dan juga Blair Luke dalam pertandingan itu. Jadi, perkataan itu telah diterjemah menjadi kelas 49er yang boleh memberi maklumat tentang kategori apa yang dipertandingkan oleh kedua-dua pelayar itu.


Masalah 5


TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
470 crown
470 kejohanan
Kejohanan dunia 470 kategori wanita

Perkataan ini telah memberi kekeliruan kepada penterjemah. Hal ini kerana, pada mulanya penterjemah mendapati bahawa 470 itu merujuk kepada 470 kejohanan yang disertai oleh Jo Aleh dan Polly Powrie. Jadi, penterjemah telah melakukan terjemahan pandang dengan menukar perkataan 470 crown ini kepada 470 kejohanan. Walau bagaimanapun, setelah diteliti semula penterjemah mendapati bahawa 470 kejohanan itu kelihatan seperti tidak sesuai atau tidak logik dalam konteks ayat ini. Jadi penterjemah telah membuat cadangan dengan menambah perkataan kategori wanita bagi memberikan gambaran yang lebih jelas kepada 470 crown tersebut.

Masalah 6:


TEKS SUMBER
TERJEMAHAN PANDANG
CADANGAN
Bumper period
Tempoh yang panjang
Tempoh mencabar

Kekaburan juga berlaku dalam perkataan bumper period ini. Pada mulanya, penterjemah telah melakukan terjemahan pandang bagi perkataan ini kepada tempoh yang panjang. Hal ini kerana penterjemah merasakan bahawa perenggan ini mahu mengatakan bahawa program Olimpik New Zealand ini terpaksa melalui tempoh yang amat lama bagi kejohanan terbabit. Namun, setelah diteliti semula teks ini, penterjemah mendapati bahawa tempoh bagi program ini adalah sangat mencabar bagi pelayar-pelayar yang telah menyertai kejohanan ini. Jadi, penterjemah akhirnya membuat cadangan untuk menukarkan tempoh yang panjang kepada tempoh yang mencabar. Perkataan mencabar ini dirasakan lebih sesuai digunakan dalam konteks ayat ini.

KESIMPULAN

  • Penterjemah perlu tahu serba sedikit mengenai sesuatu teks yang hendak diterjemah pandang itu. Dalam hal ini, penterjemah tidak mempunyai pengetahuan yang banyak mengenai sukan pelayaran ini. Ini telah menyukarkan penterjemah untuk melakukan terjemahan pandang.
  • Penterjemah tidak harus tahu satu bidang yang khusus sahaja. 
  • Penterjemah perlu merujuk padapakar bidang yang diterjemah. Dalam hal ini, penterjemah tidak merujuk pada sesiapa yang pakar dalam bidang sukan pelayaran justeru menyukarkan penterjemah untuk melakukan kajian dan menterjemah istilah-istilah atau perkataan yang terdapat di dalam artikel ini.

0 comments:

 

Template by Suck My Lolly - Background Image by TotallySevere.com